Wednesday, May 23, 2012

banyak masa lebih


hari ni hari rabu, bila hari ni hari rabu, esok khamis, bila esok khamis, ada studio, bila ada studio, ada submission, bila ada submission kepala mula ting tong. bila kepala mula ting tong waras kurang siket. dann... masa berjalan begitu pantas nampak nya, hoyeah..! sempat lagi main-main ye naa =.=' kamon kamon kamon.. u can do it, u can do it.. hehe.. comel plak lembu ni tesangkot, pastu buat muke tak besalah :p

Thursday, May 03, 2012

dunia yang sepi



alangkah susah mendapat kawan, bukan kenalan di zaman ini, berpunca dari hati yang rosak, kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan, kebaikan kita disoroknya, bahkan didengkinya pula, kejahatan dicanang merata

salah yang sikit dibesarkan, yang besar apatah lagi, alangkah sepi dunia ini, walaupun hidup di tengah ramai

kerana kawan tiada lagi, yang ada hanyalah di jalanan, kerana kawan tiada lagi, yang ada hanyalah di jalanan

Thursday, April 19, 2012

mr.crab

ery: naa, hari ni turn ak masak kat kem. ade ketam je ni. mcm mane nk masak ketam?
naa: masak lemak cili api je. simple
ery: hmm.. boleh la.. tapi macam mane haa..? ak tak reti la
naa: pom pang pom pang pom pang !@#$%^&* ok? 

*punye panjang ak taip msj~

ery: alaaa... serai xde kat sini. lain-lain. tanak masak lemak
naa: =.=' pulak..  masak kari pun cara gak. nak?
ery: resepi?
naa: pom pang pom pang pom pang !@#$%^&
ery: ok2.. tQ. k la nak g masak ni bye

beberapa hari kemudian:

naa: cane ketam ko, sedap?
ery: tak jadi laaaa~ ak silap tumis. fedap. ak taruk kicap banyak-banyak. tup-tup jadi ketam masak kicap.          tapi sedap je. hahaha
naa: =.=' kreatif jugak la..


Thursday, April 12, 2012

kite peeeeenaaaaaaaaat ni. tau tak?

jam 4 pagi. orang lain da tido sedap, siap kering balik da air liur basi diorang. tapi ak? still bersengkang mata menyiapkan floor plan yang tak pernah nak siap. letih. sangat. kuat kan je hati, da last sem. every monday and thursday, bila masuk je studio, terus kena panggil nama. kadang-kadang stress jugak, hampir setiap kali sebelum studio ak akan jadi zombie. stay up sepanjang malam. ape tah ak buat, time masuk studio lecturer still cakap ak tak buat keje. diorang tak payah cakap, ak taw dah ayat diorang. 

"u tak buat keje ni siti. ape u buat, tuesday wednesday. u tak seroius ni. baik u bungkus kain baju, u balik kampung, u kawen je, tayah study la"

hmphfff~ hampir setiap minggu dengar dialog same. muak dah. nak muntah hijau je, dengan kepala pusing-pusing tak cukup tido, design pun tah ke mane. ak pun tak taw ape sebenar nya masalah ak. da buat buat buat, dia tanak siap-siap jugak. how? mati katak puru bawah tempurung la cani. lagi dua bulan je nak final ni @.@ 

ya Allah.. kuatkan hati ku ya Allah.. kuat kan semangat ku ya Allah.. permudah kan la segala urusanku di saat-saat akhir ini ya Allah T.T

------x-----x-----x-----

asal kul 4 pagi je, mula la bunyi-bunyi atas rumah ni. bunyi ape? macam-macam adaaa~ bunyi tapak kaki besar jalan-jalan, bunyi orang tarik kusi meja, bunyi ketuk-ketuk dinding. haish~ siyes macam ada orang tinggal kat atas ni. umah da tingkat 4 da ni. atas skali dah. atas ghasenye tangki air je. dugaan betol. kite peeenaaaaaaaaatt laaaaaaa. jangan main-main bleh x..? =.=' kite penaaaaaaaat betol dah ni T.T

Friday, April 06, 2012

kuang kuang kuang

lokasi : KL sentral
bersama : miza sanusi

N: eee.. besnye, kosong. xde org...!
M: xde org dtg solat ke

baru je nak bukak kasut, nampak ada 2 kasut lelaki kat rak. aiyark~ ni surau laki la...! kuang kuang kuang.. malu nye~ terkekek-kekek keluar =.='
mesti diorang pikir ape la dua budak kecik ni buat kat sini. siyes kalo da sempat masuk baring-baring, tetibe ada orang masuk, terus buat-buat kemas tempat tu sambil borak lam bahasa indon :p

Thursday, April 05, 2012

darihal ikhlas

budi di tabur tak minta berbalas. kalo da hati tak ikhlas, cakap je tanak tolong. hutang budi kan di bawa mati~ kalo da sudi nak menolong tu, tayah nak memburuk-buruk kan diri ak yang bodoh bangang ni kat belakang lepas tu. kan senang. rumah siap pahat berbunyi nampak~ terima kasih ya Allah. sekelip mata je  Kau tunjuk kan kepadaku perkara yang tak pernah terlintas kat fikiran hamba-Mu ini ya Allah. dan kawan, terima kasih jugak sebab beri ak kesedaran yang selama ni ak tak pernah nampak. dan kawan yang slalu tegur ak, pimpin ak, bg ak nasihat, ak sgt hargai ko.. dan ak suke konsep ko berkawan walopun ada sesetangah org tak dapat terima konsep tu :) thanks :D biasa la kuman di seberang lautan nampak, gajah depan mata mane nak nampak nye puunnn. ak puunnnn manusia biasa aje atoilah nya punnn. ak ada hati, ak ada perasaan. ko gigit cili? ko rase pedas.

Friday, March 23, 2012

jahanam model aku...!

haii.. lame betul tak membebel kat sini. asal sakit hati, baru nak ingat post kat sini.. bhahaha.. wokeh, ni ak sakit hati pasal sorang budak yang tak reti bahase. ak rasa jenabe (nama monyet yang kami pernah bela dulu) pun reti, tak payah nak cakap~!

bangun pagi2, dengan penuh semangat keluarkan balik model-model last sem, which is structure model and site model. semangat nak bawak time crit session isnin ni, then keluar g giant kejap. balik je rumah, pas masak, konon nak makan, tetibe ternampak model kat ujung meja. ya Allah~ sakit hati betul...! ak cakap bodoh kang ko marah. takkan tak nampak tiang-tiang model ak tu kecik, scale 1:500 kot. gigih nak siap kan tu. tu pun sub-cont yang tolong, kalo tak, memang tak sempat siap nye dalam semalaman.
ak rasa dari pagi tadi model ak ni rosak, tengok pada gaya, ada makhluk yang buta tak berapa nak nampak yang g letak barang atas ni. kenape tak angkut je guni beras kat dapur tu letak atas ni..? marah ni, ak marah ni. tau tak..? haih~ ada la dalam 50 tiang (daripada 600 tiang) yang tercabut, ade jugak yang rosak, koyak. sakit hati sampai tak jadi nak makan. bangang punye budak. da buat rosak, bukan nak baiki balik, ko tinggal macam tu je, paling ak sakit hati, jangan kan nak mintak maaf, ko tak cakap sepatah pun kan pasal ni. lagi buat ak hangin~
terima kasih weh. ak memang banyak mase sangat nak baiki balik benda alah ni....! sehari ak ada 24 jam kan.