Saturday, April 23, 2011

kemaafan

kadang-kadang mulut lancang je menghambur kata-kata saat hati sedang membara dipanah setan.. *uiks, puitis ke..? tahniah naa.. hehe, bangga sniri plak. *wink2* bila terkenangkan apa yang orang da buat pada kita, time tu la hati mula panas balik kan. tapi bila kita dah memaafkan kesalahan tersebut, walaupun teringat balik, hati kita cepat je cool balik.
mungkin itu lah harga sebuah kemaafan. mampu menenangkan hati. berbanding menyimpan dendam, kalo berdendam, mulut ni asik nak menyumpah seranah je kan. melompat2 setan kat sebelah, huhu..  sabar, ikhlas, senyum jee~ :)


manisnya memberi kemaafan berbanding menyimpan sebuah dendam


sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya. (Riwayat Bukhari)

…dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Surah An-Nuur ayat 22.

wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Surah At-Taghabun ayat 14.
dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). Surah Asy-Syu’ara ayat 43.

dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;(Siapakah orang-orang yang bertaqwa?) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik Surah Ali Imran ayat 133-134.

da maafkan, tapi still tak cool2 lagi..? meh dengar ni jap,
alhamdulillah... tenang kan.. aku taw, aku takdelah sebaik korang sume.. selagi mampu, aku akan cube untuk berubah.. berubah kearah kebaikan, insyaAllah.. :) jom same-same membasuh hati...! maafkan kesalahan orang, sebagaimana kita nak orang maafkan kesalahan kita :)

No comments:

Post a Comment