Saturday, March 19, 2011

studio 7Babi

jam 12 tengah malam.. sedang menyiapkan kerja-kerja tergendala.. mudil meking (model making), just structural model, tak perlu nak pikir-pikir sangat, potong-potong board jela.. korang nak tengok tak? taraaaaa.... 

beam and column, tak siap lagi ni

ni angle lain plak

lagi satu view

mudil, separuh jalan baru ni

ni la cubical aku.. hehe.. comot x?

kegilaan pada Q :)

peneman aku time wat keje, hehe

tapi sambil potong-potong column ni, otak ligat bepikir pasal sorang kawan ni,  meh aku kenal kan dia ni sebagai Q je la.. tak tau la apa yang buat aku suka sangat kat Q ni.. tapi yang pasti muke bulat dia selalu datang lam mimpi aku :) aku ada prinsip aku sendiri.. tapi tanak bagitau kat sini.. bahaya weh~ hehehehe

siyes aku rindu sangat-sangat kat Q, even though baru je jumpe Q kat studio dia tadi.. huhu.. nak je gi kat Q and cakap depan dia, 

"saya suke awak sangat-sangat, tahu tak...? tiap-tiap malam awak datang lam mimpi saya (bukan rekaan, siyes slalu mimpi Q kot), sehari tak bleh borak ngan awak, saya takleh wat keje, tahu tak....? arghhhhhhh... tensi la gini~"

dan time ni jugak nga borak ngan sorang kawan baik aku kat ym.. dia je antara kawan aku yang tahu pasal aku suka kat Q ni.. mungkin untuk memujuk hati, dia cakap macam ni


"takde cinta sejati dalam kamus Islam
cinta just for Allah n rasul"

thanks kawan.. kamu selalu mengingatkan saya :)katanya lagi "jangan alpa ngan cinta manusia, same2 mengingati k" huhuhu.. sejuk siket ati aku.. and lastly dia bagi lirik lagu ni.. same-same kita hayati ook....

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

thanx kawan, very appreciate this :)


------x------x-----x------


"Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut, 
kerana mereka gemar meluahkan perasaan 
dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati, 
kerana mereka lebih suka memendam rasa"



oh.. no wonder la nape aku macam ni kaaannn~~



cintailah siapa yang kamu cintai, suatu hari 
nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi 
mencintai Allah kekal buat selamanya


sedikit tazkirah: 


Islam menyajikan pelajaran yang berharga tentang pengurusan cinta; tentang bagaimana manusia seharusnya menyusun skala keutamaan cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya (QS 33: 71). Cinta pada sesama makhluk diurutkan sesuai dengan firman-Nya (QS 4: 36), iaitu kedua-dua orang ibu bapa, karib-kerabat (yang mahram), anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, rakan sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dankuasa juga mendapat porsi untuk dicintai pada tataran yang lebih rendah (QS 9: 24)




No comments:

Post a Comment